Apakah kursus TM5103 ini?
TM5103 Pemasaran Digital Strategik ialah kursus teras (3 kredit) yang membimbing anda memahami dan mengamalkan pemasaran digital moden dari asas hingga ke peringkat strategik. Anda akan belajar bagaimana perniagaan menarik, meyakinkan dan mengekalkan pelanggan melalui laman web, enjin carian, media sosial, e-mel, influencer dan marketplace seperti Shopee dan TikTok Shop, serta bagaimana AI dan analitik data digunakan untuk membuat keputusan pemasaran yang lebih tepat.
Sepanjang 14 topik, anda akan menghasilkan kandungan digital, merancang kempen media sosial dan iklan, membaca data prestasi, dan memahami etika, keselamatan data serta PDPA dalam pemasaran digital.
Kelebihan menguasai kemahiran ini:
· Boleh memasarkan produk sendiri atau majikan dengan kos rendah tetapi jangkauan luas.
· Tahu memilih saluran yang tepat dan mengukur hasil setiap ringgit yang dibelanjakan.
· Mampu guna alat AI seperti ChatGPT, Claude dan Gemini untuk menghasilkan kandungan dengan lebih pantas.
· Membuka peluang kerjaya sebagai digital marketer, pengurus media sosial, content creator atau usahawan dalam talian.
· Bersedia menghadapi trend masa depan seperti social commerce, Web 3.0 dan AI dalam pemasaran.
Pensyarah: Kamarul Bahareen bin Kamaruddin
Penilaian: Kuiz 10% · Tugasan individu 15% · Tugasan berkumpulan 25% · Peperiksaan akhir 40%
15 Lessons
Updated: Oct 2026