Diploma Pengurusan Perniagaan disasarkan untuk meningkatkan dan memperkayakan pengetahuan pelajar merentasi pelbagai disiplin perniagaan dan membantu dalam menyediakan pelajar untuk menghadapi cabaran kerjaya dalam perniagaan kontemporari pada abad ke-21. Ini adalah satu bidang dinamik bagi pelajar-pelajar yang ingin membangunkan kemahiran dalam pelbagai kajian seperti pentadbiran, pengurusan sumber manusia, perakaunan, kewangan, pemasaran, insurans, perbankan dan keusahawanan. Disebabkan sifat fleksibel rangka program, pelajar boleh memilih melanjutkan pengajian mereka di dalam pelbagai bidang di IPTA mahupun IPTS.
Course Overview

Course Content
Enrolment options
Latest Courses
Kursus ini memperkenalkan konsep, prinsip dan amalan asas pengurusan organisasi dalam konteks persekitaran perniagaan semasa. Kandungan kursus merangkumi evolusi pemikiran pengurusan, analisis persekitaran organisasi, perancangan, pembuatan keputusan, pengorganisasian, pengurusan sumber manusia, kepimpinan, motivasi dan komunikasi organisasi. Kursus ini turut memberi penekanan kepada pengurusan kualiti, pemantauan prestasi, etika, tadbir urus, pengurusan risiko dan kemampanan organisasi. Selain itu, aspek pematuhan halal, integriti serta perkembangan industri halal global diintegrasikan dalam perbincangan bagi meningkatkan kefahaman pelajar terhadap amalan pengurusan yang berkesan dan bertanggungjawab. Di akhir kursus, pelajar berupaya mengaplikasikan prinsip pengurusan dalam menangani cabaran organisasi serta isu-isu semasa termasuk transformasi digital dan kecerdasan buatan (AI).